Tag: Kanak-kanak

Posted on: 09/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti

Kerajaan akan meneliti kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai badan bebas dalam membela nasib golongan itu di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini penting bagi melihat perkara berhubung kebajikan kanakkanak seperti keselamatan umum, pendidikan dan kesihatan. Beliau berkata pada masa ini, Pesuruhjaya Kanak-Kanak merupakan sebahagian daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). “Saya akan buat kertas Kabinet untuk memberikan mereka kebebasan…

Posted on: 29/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sabah wujud pusat perlindungan sementara kanak-kanak jalanan

Kerajaan negeri Sabah mewujudkan sebuah pusat perlindungan sementara bagi kanak-kanak jalanan dengan projek perintis bakal dimulakan hujung tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu semalam. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata sebuah rumah kerajaan yang tidak lagi didiami di Kota Kinabalu, akan diubah suai dengan kos RM250,000 supaya bersesuaian dengan konsep pusat perlindungan sementara itu. Beliau berkata pusat itu akan diselia oleh kerajaan negeri melalui…

Posted on: 23/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Pulau Pinang rekod 209 kes penderaan kanak-kanak sepanjang 2022

Pulau Pinang merekodkan 209 kes penderaan melibatkan kanak-kanak sepanjang 2022, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Chong Eng berkata daerah Seberang Perai Tengah merekodkan jumlah penderaan fizikal, seksual, emosi, dan pengabaian yang paling tinggi iaitu 97, diikuti Timur Laut (58), Seberang Perai Utara (21), Barat Daya (19) dan Seberang Perai Selatan (14). “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memberikan langkah segera dan…

Posted on: 06/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 60,000 B40 terima subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak

Seramai 61,957 golongan B40 menerima subsidi di bawah Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) dengan tuntutan rebat sebanyak RM8.8 juta, sejak 1 Mac lepas.  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam kenyataan semalam memaklumkan program rebat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di bawah Belanjawan 2022 yang berakhir semalam telah menerima sebanyak 527,254 permohonan.  “Keprihatinan kerajaan Malaysia dalam membantu golongan B40 dizahirkan dengan pemberian rebat sebanyak 50…

Posted on: 30/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiap seorang daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menganggarkan tiap seorang daripada 20 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun di Malaysia mengalami gangguan mental, termasuk gangguan dari segi perkembangannya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Bercakap kepada media selepas melancarkan Laporan dan Infografik Negara Malaysia: Memperkukuh Sistem dan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) untuk Kanak-kanak dan Remaja di Rantau Asia Timur dan Pasifik  di sini semalam, beliau…

Posted on: 15/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bekerjasama bagi menyediakan peluang pendidikan serta biasiswa kepada penghuni Institusi Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang cemerlang dalam peperiksaan. KPWKM dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan kedua-dua kementerian berkenaan pada 8 Julai lepas. Menurut KPWKM, kedua-dua kementerian itu bersetuju membantu anak-anak JKM yang cemerlang untuk menyambung pelajaran di Institusi-institusi Pendidikan di…

Posted on: 28/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelan strategik perangi masalah bantut diluluskan

Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia dalam mesyuarat pertamanya semalam meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030. Jawatankuasa khas itu dianggotai Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengkaji penyebab peningkatan kadar bantut yang tinggi melibatkan faktor pemakanan, persekitaran dan kemudahan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan strategik kebangsaan itu akan…

Posted on: 20/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penerima MyCRS digesa segera beli kerusi keselamatan kanak-kanak

Penerima yang telah disenarai layak menerima subsidi di bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) digesa supaya segera membeli kelengkapan itu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam kenyataan semalam memaklumkan sehingga kini, jumlah penerima yang layak adalah 231,012 daripada 427,798 pemohon, melebihi 20 peratus daripada sasaran asal jumlah penerima subsidi iaitu 188,000 penerima. Menurut MIROS peruntukan subsidi berjumlah RM30 juta adalah terhad kepada 188,000 penerima sahaja dengan seorang penerima hanya layak…

Posted on: 26/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

FDA AS luluskan rawatan COVID-19 pertama bagi kanak-kanak

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas. Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan COVID-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun. Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk, lapor Xinhua. Sebelum ini Veklury hanya…

Posted on: 21/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- Johor akan terus pantau, audit pusat jagaan kanak-kanak

Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan terus memantau dan mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negeri itu. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tumpuan khas akan diberikan kepada pusat jagaan kanak-kanak istimewa. “Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim). Kerajaan Negeri Johor memandang serius kes-kes penderaan, keganasan atau eksploitasi kanak-kanak di mana-mana pusat jagaan kanak-kanak di Johor. “Saya…