Perhilitan Kelantan mohon penduduk Pos Balar tidak hampiri beruang liar
Penduduk kampung termasuk masyarakat Orang Asli yang tinggal berdekatan Pos Balar, Gua Musang diingatkan agar tidak sesekali menghampiri beruang liar sekiranya ternampak kelibat haiwan itu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata ia demi menjaga keselamatan penduduk serta memastikan keadaan persekitaran tidak diancam bahaya. “Ketika ini laluan untuk memasuki ke kawasan terbabit agak sukar berikutan jalan agak teruk akibat faktor cuaca yang tidak…