Tag: Keluarga Malaysia

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kelab Keluarga Malaysia jadi pemangkin perpaduan

Kelab Keluarga Malaysia akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat  ahli keluarga dan masyarakat berbilang kaum serta agama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kelab itu adalah inisiatif kerajaan untuk mempromosi konsep Keluarga Malaysia melalui penyertaan seluruh lapisan masyarakat dengan matlamat membentuk ikatan kekeluargaan melalui pelbagai aktiviti seperti sukan, pendidikan, kesihatan dan kerohanian bersama keluarga masing-masing. “Menerusi inisiatif seperti ini,…

Posted on: 11/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Banjir: PM arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir. Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri turut mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Angkatan Pertahanan Awam ke lokasi terjejas banjir bagi memindahkan mangsa. “Saya menerima laporan beberapa kawasan di Selangor dinaiki air…

Posted on: 21/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 dilanjut hingga Sabtu

Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 yang dijadualkan selama dua hari di Dataran Merdeka di sini dilanjutkan sehari lagi sehingga Sabtu ini.  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ia susulan sambutan hangat yang diterima daripada warga kota dengan kira-kira 20,000 pengunjung hadir pada program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan pada hari pertama hari ini. “Sebenarnya kita mahu lanjut sehingga Isnin, tetapi perlu beri laluan…

Posted on: 17/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelajar terima peranti Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti

Para pelajar yang menerima peranti di bawah Program Perantisiswa Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti peranti itu untuk kegunaan pembelajaran mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata beliau mendapat respons yang sangat baik daripada kalangan pelajar dan melihat kebanyakan pelajar itu bersyukur dengan pemberian peranti model terkini serta berkapasiti tinggi berkenaan. “Ya. Mereka (pelajar) sangat berpuas hati. Kebetulan kita ambil pendekatan berunding dan bincang dengan pelajar …

Posted on: 11/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan Keluarga Malaysia cari kebersamaan, kesepakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan yang dipimpinnya sejak 21 Ogos 2021 sentiasa mencari kebersamaan dan kesepakatan, dan bukannya perbezaan atau perpecahan. Dalam perutusan khas sempena pembubaran Parlimen ke-14 semalam, Ismail Sabri berkata semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan dalam pentadbirannya berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, antara kerajaan dan pembangkang. “Berkat kesepakatan ini, kerajaan telah berjaya melaksanakan beberapa transformasi yang signifikan,”…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan beri terus tablet PerantiSiswa kepada penerima, tidak perlu pulang balik

Kerajaan hari ini memutuskan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti.  Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian. Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan maklum balas pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelaksanaan 5G kekal seperti yang dirancang

Kerajaan akan memastikan pelaksanaan 5G di Malaysia berjalan mengikut rancangan walaupun dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengambil keputusan untuk tidak mengambil kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata susulan penarikan dua syarikat tersebut rundingan dengan empat lagi MNO akan diteruskan dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi kerana akan membabitkan pengubahsuaian dalam dokumen perjanjian yang akan ditandatangani.  “Dua MNO buat…

Posted on: 02/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hari Kebangsaan 2022 disambut meriah, bukti cinta Keluarga Malaysia terhadap negara

Hari Kebangsaan 2022 yang diraikan penuh meriah di Dataran Merdeka menyaksikan seluruh Keluarga Malaysia daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya merealisasikan erti keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang jelas dapat dilihat melalui gelora sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Annuar yang juga Pengerusi…

Posted on: 01/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jualan Murah Keluarga Malaysia@DE DAGANG diperkenalkan

Program penjualan barangan di 17 platform dalam talian antarabangsa dan tempatan,  Jualan Murah Keluarga Malaysia@DE DAGANG (JMKM@DE DAGANG), akan diadakan selama empat bulan bermula Sabtu ini (3 September) hingga Disember. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata program dengan peruntukan RM300 juta itu membolehkan rakyat berbelanja barangan harian melalui dalam talian seperti produk keperluan asas, makanan dan perkakasan rumah pada harga yang berpatutan.  “Melalui program ini, kerajaan…

Posted on: 31/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 meriah di seluruh negara

Kemeriahan dan kehangatan sambutan Hari Kebangsaan 2022 tidak hanya dapat dilihat dan dirasai pada acara perbarisan yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini malah di seluruh negara.  Semangat patriotik dan rasa teruja dapat dilihat pada segenap lapisan masyarakat dari pelbagai ceruk tanah air apabila mereka hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2022  di peringkat negeri masing-masing pagi ini.  Ketiadaan sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19 meningkatkan semangat patriotik…