Malaysia sokong cadangan untuk kewangan lestari
Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Malaysia menyokong perubahan ke arah struktur kesihatan antarabangsa yang mengambil berat nilai moral dalam tindak balas terhadap COVID-19. Bagaimanapun, sebarang pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa mestilah menghormati prinsip kesaksamaan, akauntabiliti dan ketelusan serta proses kedaulatan negara anggota, kata Khairy pada Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 di Geneva, Switzerland, semalam. “Negara anggota mestilah…