KKM akan umum keputusan mengenai pemakaian pelitup muka dalam masa terdekat
Isu berhubung pemansuhan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup telah pun dibincangkan di peringkat dalaman di Kementerian Kesihatan (KKM) dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Kita sudah bincang mengenainya di peringkat dalaman, pada dasarnya kita sudah tahu keputusannya, beri saya beberapa hari lagi,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional di MRANTI Park, di sini…