KKM minta KKD sediakan internet satelit untuk klinik luar bandar
Kementerian Kesihatan (KKM) akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi mendapatkan perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit untuk kegunaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata talian Internet itu penting kepada petugas kesihatan dalam menyampaikan perkhidmatan secara maya atau talian video bagi membuat diagnosis terhadap pesakit. “KKM telah terima kertas kerja daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri, kita lihat perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit perlu…