Tag: KKMM

Posted on: 17/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Singkatan KKMM kini K-KOMM

Mulai hari ini, singkatan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikenali sebagai K-KOMM, manakala menterinya akan dirujuk sebagai MENKOM (Menteri Komunikasi dan Multimedia). Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata penjenamaan singkatan itu bagi memastikan orang ramai tidak lagi terkeliru antara kementeriannya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). “Orang selalu tertukar dengan SKMM, itu suruhanjaya, jadi KKMM kini dikenali sebagai K-KOMM dan menterinya dikenali sebagai MENKOM. “Ini untuk memudahkan sebutan dalam urusan…

Posted on: 17/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Fasa endemik: 30,000 Duta Komuniti dilantik, pastikan tahap pematuhan SOP tinggi

Sebanyak 30,000 Duta Komuniti  akan dilantik yang akan  berperanan memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi oleh komuniti sepanjang tempoh transisi ke fasa endemik. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat  lepas telah bersetuju agar KKMM bekerjasama dengan beberapa kementerian lain bagi mewujudkan program berkenaan.  “Program ini akan dilancarkan di Perlis pada penghujung bulan ini dengan pelantikan kira-kira 30,000 duta yang akan…

Posted on: 10/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM bina banyak pencawang telefon selular di Johor

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan membina lebih banyak pencawang telefon selular sebagai usaha membantu masyarakat di negeri Johor, khususnya di Kota Tinggi. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah yang selari dengan komitmen dan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui perniagaan secara dalam talian. Selain itu, Annuar berkata penyedia perkhidmatan…

Posted on: 08/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM jangka muktamadkan pemilihan teknologi satelit tahun ini bagi hadapi bencana

Pemilihan teknologi satelit bagi menambah baik sistem komunikasi negara ketika berdepan situasi bencana khususnya banjir, dijangka dimuktamadkan tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan satelit berteknologi tinggi yang dapat membantu Jabatan Meteorologi dan agensi berkaitan ketika negara menghadapi bencana. Menurutnya beberapa syarikat antarabangsa sudah mengemukakan cadangan tawaran teknologi masing-masing kepada kementerian dan penilaian pemilihan akan dilakukan secara terperinci…

Posted on: 25/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa semalam. Beliau berkata daripada jumlah itu, 31 PoP bakal didirikan di kawasan persekolahan di Kota Tinggi, manakala 13 PoP di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama. Antara lokasi yang terlibat di DUN Johor Lama adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johor Kampung, SK Panchor, SK Datuk Ismail Saadon, SK Muzafar Shah,…

Posted on: 31/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tiga Pusat Internet Desa di Pahang selesai dinaik taraf kepada PEDi suku pertama tahun ini

Tiga Pusat Internet Desa (PID) di Pahang akan selesai dinaik taraf kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, Annuar berkata tiga PID terlibat adalah di Bukit Goh, Kuantan; Sungai Koyan, Lipis dan Felda Bukit Selancar 1, Rompin. Beliau berkata setiap PEDi akan memberi latihan dan bimbingan berkaitan ekonomi digital…

Posted on: 15/12/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM komited pacu Malaysia sebagai destinasi seni budaya dan kreatif serantau

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensi-agensinya komited untuk terus mengungguli inisiatif memacu ekonomi seni selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi seni budaya dan kreatif serantau. Menterinya  Tan Sri Annuar Musa berkata  komitmen  itu penting bagi  membuka semula kemasukan pelancong, meningkatkan profil artis  tempatan dan mempromosikan bakat komuniti seni tempatan dengan mengadaptasi norma baharu pandemik COVID-19. Menurutnya elemen kesenian dan kebudayaan merupakan batu asas dalam usaha negara mencapai negara maju. “Seni dan budaya menjadi…

Posted on: 12/12/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM, NGO bakal agih 10,000 Kotak Kasih bantu komuniti kreatif

Sebanyak 10,000 Kotak Kasih berupa bantuan makanan akan diagihkan bagi membantu anggota komuniti kreatif dan kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Sumbangan berupa makanan asas itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat edagang Shopee. Program itu merupakan salah satu daripada tiga program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di…

Posted on: 29/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM sasar PEDi beri manfaat kepada 800,000 usahawan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan seramai 800,000 usahawan di seluruh negara akan mendapat manfaat latihan kemahiran asas digital menerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek berkata setakat ini di seluruh negara terdapat sebanyak 873 pusat internet desa, yang akan dijenamakan semula menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sebagai PEDi. Katanya bilangan pusat berkenaan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa dan pihaknya menyasarkan…

Posted on: 26/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Portal MyDigital.KKMM promosi jalur lebar, manfaatkan landskap digital

Portal setempat pelbagai perkhidmatan dalam talian,  MyDigital.KKMM  dilancarkan hari ini bagi membolehkan rakyat menggunakan dan memanfaatkan landskap digital serta mempromosikan jalur lebar. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata portal berkonsepkan pameran maya itu mampu mempertingkatkan kefahaman rakyat terhadap ekosistem digital serta program berkaitan pendigitalan bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat menerusi satu portal. Beliau berkata portal itu membolehkan segala maklumat di bawah promosi jalur lebar disatukan dan menjadi portal yang…