Tag: KLIA

Posted on: 16/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penggunaan pagar automatik KLIA diperluas kepada pemegang pas lawatan jangka panjang

Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang berkuat kuasa semalam. Mengumumkan perkara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata perluasan kemudahan yang sebelum ini terhad kepada warga Malaysia itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di KLIA. Beliau berkata pemegang pas lawatan jangka panjang yang dibenarkan menggunakan kemudahan pagar automatik itu merangkumi mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia,…

Posted on: 06/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengembara tidak lengkap borang dalam MySejahtera punca kesesakan di KLIA

Kesesakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada Ahad lepas (3 April) berpunca daripada pengembara antarabangsa yang tidak melengkapkan borang pengembara dalam aplikasi MySejahtera, menurut Jabatan Imigresen. Ekoran itu, pegawai imigresen terpaksa membantu pengembara terbabit sehingga menyebabkan kelewatan dan kesesakan, menurut jabatan itu dalam catatan di laman Facebook semalam. Pada hari berkenaan juga, terdapat jemaah umrah dari Indonesia yang transit di KLIA dan kehadiran mereka tanpa pengurusan pihak yang mengendalikan transit itu…

Posted on: 23/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KLIA, LIA dipilih antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2021

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah dipilih sebagai  antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI). KLIA dan LIA mencapai skor sempurna 5.00 dalam kategori masing-masing iaitu lapangan terbang yang memberi perkhidmatan kepada lebih 40 juta pelanggan setahun dan dua hingga lima juta pelanggan setahun, kata Malaysia Airports Holdings…

Posted on: 13/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

ERL lancar aplikasi, program kesetiaan EkspreSmiles

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), operator perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit hari ini melancarkan aplikasi baharu KLIA Ekspres dan program kesetiaan EkspreSmiles untuk pengalaman dan nilai pengguna yang lebih baik kepada pelanggan. Aplikasi KLIA Ekspres itu membolehkan pelanggan membeli tiket tren mereka dengan lebih mudah dan meneroka tawaran lebih baik dengan ciri-ciri seperti ‘Lowest Fare First’ dan  ‘Great Value  Recommendations’ manakala EkspreSmiles memberi mata kepada pelanggan untuk setiap tempahan yang…