KPKT pohon peruntukan RM26.35 juta untuk perkasa pengurusan bencana
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyerahkan cadangan kepada Kementerian Kewangan, untuk memperkasakan pengurusan bencana menerusi peruntukan sebanyak RM26.35 juta, bagi memperoleh aset kritikal untuk meningkatkan kecekapan operasi dan penyelamatan. Menterinya Nga Kor Ming berkata antara aset-aset yang dicadang untuk dibeli termasuklah Inflatable Boat, kenderaan serba rupa bumi, khemah modular tentera, beg tidur, Tactical Hydration Backpack, suit tahan kebakaran, lampu LED berbateri, serta menaik taraf bilik siap-siaga di 150 buah Balai…