Tag: MAHA 2022

Posted on: 15/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MAHA 2022 dapat sambutan luar biasa, catat 1.4 juta pengunjung

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang menutup tirai semalam, mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran melebihi 1.4 juta pengunjung dan nilai jualan melangkau RM260 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata MAHA kali ini adalah yang terbesar dari segi jumlah pengunjung mahupun nilai jualan, selepas kali terakhir dianjurkan empat tahun lepas dan sepatutnya diadakan pada 2020 namun ditangguhkan susulan pandemik COVID-19. “Jumlah pengunjung MAHA…

Posted on: 08/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MAHA 2022: NAFAS tawar produk dengan diskaun hingga 30 peratus

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menawarkan pelbagai pilihan dalam segmen produk makanannya menerusi jenama Peladang sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung hingga 14 Ogos ini. Pengunjung boleh mendapatkan produk jenama Peladang pada harga berpatutan selain promosi diskaun hingga 30 peratus bagi barangan terpilih di Pavilion NAFAS yang terletak di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).  Ayam sejuk beku, minyak masak botol dan pelbagai produk…

Posted on: 05/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MAHA 2022: ‘Castle Of Fruits’ tawar 11,111 produk jualan kepada pengunjung

Castle Of Fruits menawarkan sebanyak 11,111 produk jualan meliputi buah-buahan, sayur-sayuran, florikultur dan input pertanian pada  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula semalam sehingga 14 Ogos  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.  Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Mohamad Mustahapa Awang berkata Castle Of Fruits yang membawa tema Istana Kenangan Perak itu melibatkan sebanyak 99 lot jualan dan penyertaan 82 usahawan. …

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial

Laman Agro-Food Sayuran dan Herba  di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 menekankan konsep pengeluaran sayur-sayuran komersial dan pertanian bandar berdasarkan aplikasi teknologi yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).   Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Dr Zulhazmi Sayuti berkata antaranya teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) MARDI dipamerkan sempena MAHA 2022 itu. “Teknologi ini merupakan sistem pengeluaran sayuran…