Malaysia, Australia komited perkukuh perkongsian strategik
Malaysia dan Australia mengesahkan komitmen untuk saling meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama, didorong Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP). Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Australia Penny Wong telah membincangkan secara mendalam mengenai pelbagai bidang pertumbuhan positif yang mampu dicapai di bawah CSP. Bidang itu termasuk ekonomi, hubungan rakyat dengan rakyat, teknologi serta kestabilan dan keselamatan di rantau ini, terutama dalam tempoh pasca…