Tag: Mdec

Posted on: 07/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM, MDEC tubuh dan pengerusikan bersama Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menubuhkan serta mempengerusikan secara bersama Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian (SEC). K-KOMM dalam satu kenyataan hari ini berkata  SEC ditubuhkan untuk menasihatkan kerajaan dalam langkah intervensi dan  atau dasar untuk menyokong pertumbuhan model perniagaan Ekonomi Perkongsian selain melindungi kepentingan pekerja gig serta pengguna platform gig. “Justeru, SEC akan mengetuai semakan Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Nasional berkenaan Ekonomi…

Posted on: 04/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital

Inisiatif Malaysia Digital yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah isyarat kepada dunia bahawa Malaysia bersiap siaga untuk meletakkan negara di saf hadapan dalam sektor ekonomi digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata negara yang mengambil peluang dan kesempatan membuat pelarasan dari segi mekanisme dan keupayaan menghadapi ekosistem ekonomi digital yang baharu pascapandemik COVID-19 akan berada di saf hadapan dalam perlumbaan dan…

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia raih nilai jualan RM158.7 juta di Marche Du Film, melangkaui sasaran RM50 juta

Penyertaan delegasi Malaysia di pasaran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film, di Cannes, Perancis bulan lepas membuahkan hasil memberangsangkan apabila berjaya memperoleh hasil keseluruhan nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM50 juta. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan. “Ini membuktikan bahawa industri kreatif tempatan sememangnya mempunyai nilai pasaran tersendiri jika semua pihak (kerajaan…

Posted on: 21/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM lancar geran kandungan digital bagi 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melancarkan Geran Kandungan Digital (DCG)  bagi 2022 dan permohonannya dibuka sehingga 30 April ini. Syarikat yang berminat boleh melayari laman sesawang https://mdec.my/DCG untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa berkata syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum sebanyak RM20,000 amat digalakkan untuk memohon. “Mereka boleh memilih antara geran untuk kos pembangunan bernilai sehingga…

Posted on: 11/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerjasama MTDC-MDEC akan perkukuh ekosistem ekonomi digital negara

Kepakaran syarikat-syarikat teknologi di bawah Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) kini digabungkan untuk membentuk ekosistem digital yang kukuh serta memberi impak berkesan kepada sektor lain. Sinergi dua peneraju ekonomi digital di Malaysia itu dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di sini pada Isnin, dengan hasrat membantu merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Mengikut MoU itu, MTDC dan MDEC akan membangunkan…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program Inovator Digital untuk lahirkan bakat muda digital – Radzi

Kementerian Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama Malaysia untuk inovator muda berbakat. Menteri Kanan Pendidikan  Datuk Dr Radzi Jidin berkata mereka yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dan akan memberi tumpuan kepada teknologi digital, keusahawanan dan kurikulum pembelajaran berasaskan projek. “Ini akan memastikan pengembangan bakat digital terbaik …