Tag: MetMalaysia

Posted on: 11/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 10 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga 5 petang hari ini. MetMalaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. Di Kedah, kawasan terlibat adalah Langkawi, Baling dan Kulim manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.…

Posted on: 09/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hujan berterusan dijangka di timur Sabah sehingga 13 Jan

Bahagian Timur Sabah dijangka mengalami hujan yang berterusan apabila analisis model cuaca menunjukkan penumpuan angin dikawasan berkenaan sehingga Jumaat ini (13 Jan). Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (tahap waspada) di Sabah berkuat kuasa sehingga 11 Jan, dan amaran angin kencang serta laut bergelora bagi perairan timur Sabah berkuat kuasa 11 hingga 14 Jan. Sementara itu menurutnya fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan…

Posted on: 04/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hujan berterusan diramal di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Dalam kenyataan sama,…

Posted on: 27/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MetMalaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora di beberapa negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara, melibatkan beberapa negeri hingga Khamis ini. MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ombak melebihi 4.5 meter, dikeluarkan di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan, dan Sabah Timur. Amaran sama turut dikeluarkan bagi aktiviti perkapalan melibatkan kawasan perairan tenggara Reef North, Labuan, Timur Palawan dan Sulu, yang dijangka berlaku sehingga…

Posted on: 19/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pantai Timur dijangka alami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini, menurut  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).  MetMalaysia, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan. Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik…

Posted on: 14/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di  Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor. “Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan…

Posted on: 01/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Musim sejuk’ di Malaysia hingga Februari

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk dijangka berterusan hingga Februari tahun depan. Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November. “Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa…

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PRU15: Ribut petir diramal seluruh negara pada petang hari pengundian

Beberapa negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu, iaitu hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dengan ribut petir dijangka berlaku seluruh negara pada sebelah petang. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor. Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari, namun katanya, MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan…

Posted on: 08/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di tujuh negeri

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di  tujuh negeri sehingga 4 petang ini.  Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri terlibat ialah keseluruhan Perak dan Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Turut terlibat Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang) serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor. Di Sarawak pula, kawasan terbabit…

Posted on: 18/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Angin kencang, laut bergelora di perairan Laut China Selatan mulai hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan hari ini hingga Khamis ini.  MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan. MetMalaysia menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka…