Tag: MoU

Posted on: 10/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MDEC, DEPA meterai MoU perkukuh kerjasama ekonomi digital Malaysia-Thailand

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Promosi Ekonomi Digital (DEPA) untuk memperkukuh kerjasama ekonomi digital antara Malaysia dan Thailand. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha menghadiri majlis pertukaran MoU itu selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan di sini semalam.  MDEC, agensi peneraju ekonomi digital di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), berkata MoU itu bakal menjadi batu loncatan kepada lebih…

Posted on: 09/02/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, Thailand meterai 4 MoU bidang tenaga dan ekonomi digital

Malaysia dan Thailand akan memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Anwar akan menyaksikan majlis pertukaran empat MoU itu di Government House di sini dan majlis itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha. Zambry berkata pemeteraian itu melibatkan MoU antara Digital Economy…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Katanya untuk permulaan, memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha itu akan diwujudkan. “Semalam saya ada sebut dalam mesyuarat pascakabinet supaya inisiatif ini mesti segera dimulakan oleh kementerian dengan mewujudkan MoU dengan semua negara ASEAN, tetapi boleh didahulukan dengan negara-negara yang bersempadan. “Saya nak tengok ada…

Posted on: 13/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SPS padanan caruman bakal manfaat lebih 60,000 penghantar makanan Foodpanda

Inisiatif SPS Padanan Caruman bagi perlindungan keselamatan sosial yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal memanfaatkan lebih 60,000 penghantar makanan  Foodpanda Malaysia Sdn Bhd (Foodpanda Malaysia). Perkara itu dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia Sayantan Das dengan disaksikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, di sini semalam. Saravanan berkata di bawah program SPS Padanan…

Posted on: 08/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016-2020

Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2. Beliau berkata pada 2020, keluasan tanaman nanas adalah 17,228 hektar bersamaan 9.5 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman buah-buahan di negara ini. “Kawasan tanaman…

Posted on: 06/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DBKL, MRT Corp meterai MoU bangunkan KL sebagai ‘Bandar Untuk Semua’

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha membangunkan ibu negara sebagai ‘Bandar Untuk Semua’ dengan menyediakan mobiliti yang cekap dan mesra. MoU itu bertujuan menyokong hala tuju strategi Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) melalui pelaksanaan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk…

Posted on: 31/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, China meterai MoU dalam bidang perubatan tradisional

Malaysia dan China  hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangun  dan memperkukuhkan  bidang perubatan tradisional menerusi kerjasama dari segi amalan, pendidikan, latihan serta penyelidikan.  MoU tersebut ditandatangani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pusat Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina Kebangsaan (NATCM) Dr Yu Wen Ming secara dalam talian hari ini. MoU dalam bidang perubatan tradisional itu merupakan keseinambungan daripada MoU  State Administration of Traditional Chinese Medicine (Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina…

Posted on: 10/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia, Indonesia dijadual meterai MOU pekerja asing pada 17 Mac

Malaysia dan Indonesia akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Mac ini, untuk pengambilan pekerja asing dari Indonesia. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata MoU itu akan ditandatangani kedua-dua pihak, bagi membenarkan kemasukan pekerja domestik dari Indonesia ke negara. Menurutnya, isu yang berkaitan gaji minimum, skop pekerjaan serta penggunaan sistem yang sah telah selesai dibincangkan. “Kita telah mencapai persetujuan dalam beberapa isu dan akhirnya MoU untuk pekerja domestik…

Posted on: 23/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: Kerajaan, pembangkang mula rundingan

Kerajaan Persekutuan telah mula mengadakan sesi rundingan bersama pihak pembangkang sebelum Bajet 2022 dibentangkan di Parlimen, bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa berkata, kerajaan komited untuk berbincang bersama pihak pembangkang susulan termeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/162844/BERITA/Nasional/Bajet-2022-Kerajaan-pembangkang-mula-rundingan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 17/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU dengan PH terbit daripada dasar inklusif kerajaan – Annuar

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) terbit daripada dasar inklusif kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhasrat mentadbir negara secara inklusif serta berasaskan semangat Keluarga Malaysia dan melalui dasar itu, tiada sesiapa yang tertinggal termasuk pembangkang. Katanya bertitik tolak daripada itu, maka lahirlah sebuah tawaran kepada PH untuk bekerjasama dan kerajaan…