KKM perluas sistem janji temu di fasiliti kesihatan primer melalui MySejahtera
Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera di semua fasiliti kesihatan primer bermula semalam, sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan itu. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing dan mengelakkan kesesakan di tempat pendaftaran dan menunggu berikutan masa menunggu yang lama. Menurut beliau, lapan perkhidmatan dimasukkan ke dalam…