Penggunaan pagar automatik KLIA diperluas kepada pemegang pas lawatan jangka panjang
Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang berkuat kuasa semalam. Mengumumkan perkara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata perluasan kemudahan yang sebelum ini terhad kepada warga Malaysia itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan di KLIA. Beliau berkata pemegang pas lawatan jangka panjang yang dibenarkan menggunakan kemudahan pagar automatik itu merangkumi mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia,…