Tag: Parlimen

Posted on: 20/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PM Anwar dijangka bentang Bajet Mini 2023 di Parlimen hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelaniaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023. Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi…

Posted on: 19/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usul Undi Percaya terhadap PM Anwar dibentang di Dewan Rakyat

Usul Undi Percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk mendapatkan keabsahan memimpin Kerajaan Perpaduan. Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bersidang selama dua hari mulai hari ini, dan disokong seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Fadillah ketika mengemukakan usul tersebut berkata menyedari…

Posted on: 19/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Anwar ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini. Upacara mengangkat sumpah itu diikuti kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (GRS-Petra Jaya). Ia kemudian diteruskan dengan barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, ahli Parlimen kerajaan, dan anggota Parlimen pembangkang. Uniknya pada upacara itu, dua…

Posted on: 14/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pembubaran Parlimen tidak jejas Program PerantiSiswa

Semua program kerajaan termasuk pemberian peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diteruskan walaupun Parlimen sudah dibubarkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau turut menolak khabar angin yang mengatakan program peranti siswa itu terhenti susulan pembubaran tersebut. “Pertama sekali ada yang membuat khabar angin bahawasanya pembahagian peranti terhenti kerana Parlimen dibubarkan, jadi saya nak tegaskan bahawasanya semua program kerajaan termasuk peranti siswa berjalan seperti biasa. “Jadi…

Posted on: 11/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan Keluarga Malaysia cari kebersamaan, kesepakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan yang dipimpinnya sejak 21 Ogos 2021 sentiasa mencari kebersamaan dan kesepakatan, dan bukannya perbezaan atau perpecahan. Dalam perutusan khas sempena pembubaran Parlimen ke-14 semalam, Ismail Sabri berkata semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan dalam pentadbirannya berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, antara kerajaan dan pembangkang. “Berkat kesepakatan ini, kerajaan telah berjaya melaksanakan beberapa transformasi yang signifikan,”…

Posted on: 11/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Parlimen bubar, Malaysia masuki medan PRU15

Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen semalam, sekali gus menamatkan spekulasi sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini atau tahun depan. Dengan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen, mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan. Pembubaran Parlimen, tiga hari selepas Bajet 2023 dibentangkan, menurut Perdana Menteri  adalah  bagi menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan…

Posted on: 06/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agenda bubar Parlimen dibincang jika berkesempatan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan. Beliau berkata kebiasaannya pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilakukan setiap minggu, sehari sebelum mesyuarat Kabinet bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet. Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan…

Posted on: 15/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka kerja perundangan untuk kawal selia kredit pengguna sedang dirangka

Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang menerajui usaha sama dengan agensi berkaitan untuk merumus satu rangka kerja perundangan yang komprehensif bagi mengawal selia semua aktiviti kredit pengguna termasuk skim “Buy Now Pay Later” (BNPL).    Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata rangka kerja tersebut akan dilakukan melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) pada tahun ini.  “Dengan penggubalan CCA, semua pemberi kredit termasuk BNPL akan tertakluk kepada peraturan yang sewajarnya. “Peraturan…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bahas Titah Diraja selesai, 110 ahli Parlimen ambil bahagian

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menutup tirai hari ini dengan 110 Ahli Parlimen mengambil bahagian sepanjang tujuh hari persidangan Dewan Rakyat bermula 1 Mac. Pelbagai isu dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan dan paling menonjol adalah berkaitan banjir, rasuah serta politik yang turut disentuh dalam titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pada 28 Februari lepas. Tidak…

Posted on: 07/12/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Isu kenaikan harga barang dibangkitkan hari Selasa

Isu berkaitan kenaikan harga barang keperluan asas yang dialami rakyat ketika ini dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan Menteri. Anwar ingin tahu mengenai tindakan segera dan langkah efektif bagi jangka pendek, sederhana dan panjang yang akan diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup dalam menangani…