Tag: PDRM

Posted on: 13/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menjalankan tugas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketika ini proses perolehan sedang dilaksanakan dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kamera badan berkenaan. “Saya harap perolehan ini dapat disegerakan memandangkan ia merupakan satu keperluan pada masa kini dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian untuk tindakan susulan,” katanya dalam…

Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jangan timbulkan situasi ancam keselamatan, ketenteraman awam di media sosial – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan. “PDRM memberi peringatan dan…

Posted on: 11/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM tubuh pasukan petugas bersama polis tangani berita palsu semasa PRU15

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menubuhkan pasukan petugas (task force) berkuat kuasa serta-merta hari ini bagi memantau sebarang berita palsu yang tular di media sosial sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan itu akan dianggotai lebih 100 polis serta kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “PDRM sudah membuat permohonan kepada saya untuk memberi peranti bagi task force ini dalam menangani berita palsu…

Posted on: 27/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Op Lancar PDRM tumpu ‘hotspot’ kesesakan trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar di kawasan-kawasan panas berlaku kesesakan trafik akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan kembali semula sempena sambutan Aidilfitri. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata jentera PDRM di seluruh negara akan diatur gerak dalam tempoh operasi itu. Beliau berkata ia melibatkan anggota balai dan elemen kereta peronda, unit rondaan bermotosikal dan rondaan bit secara holistik bagi mengurangkan beban…

Posted on: 27/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PDRM perluas In-Car Radar, iCOPS di sepanjang lebuh raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluas penggunaan alat pengesan had laju In-Car Radar dan alat iCOPS di sepanjang lebuh raya bagi mengesan pesalah trafik yang memiliki saman tertunggak serta waran tangkap. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata alat tersebut digunakan bagi menyemak nombor pendaftaran kenderaan sama ada palsu atau melakukan kesalahan trafik. Beliau berkata ia akan diletakkan secara statik dan bergerak serta tidak tertumpu pada satu-satu tempat sahaja.…

Posted on: 06/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini

Penugasan kawalan keselamatan sempadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan seperti biasa walaupun Operasi Benteng (Op Benteng) bakal ditamatkan Jun depan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan. Beliau berkata sebelum adanya Op Benteng, penugasan itu memang dilaksanakan dan apabila Op Benteng ditubuhkan, PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi…

Posted on: 25/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PDRM kekal momentum kecemerlangan turunkan indeks jenayah negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara sekali gus membuktikan kredibiliti tinggi dalam menjaga keamanan negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerah untuk penugasan Op COVID-19, PDRM tetap komited mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta keamanan negara. Beliau berkata jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623…

Posted on: 18/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 11,000 kekosongan perjawatan dalam PDRM

Sebanyak 11,111 kekosongan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sehingga 31 Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Zaini Jass. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 651 kekosongan perjawatan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis (9,005 perjawatan) dan pegawai awam (1,455 perjawatan). “Secara keseluruhan sehingga 31 Januari lepas, PDRM mempunyai 137,628 perjawatan merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam dan kekosongan yang berlaku disebabkan…

Posted on: 18/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah bilangan anggota dan pegawai di sempadan negara bagi mengawal kemasukan pengembara ke negara ini menjelang 1 April bagi memastikan individu yang benar-benar layak sahaja dibenarkan masuk. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata penambahan berkenaan dilakukan bagi mengawal penularan COVID-19 yang dikhuatiri boleh dibawa oleh pengembara terbabit. Katanya, langkah itu melibatkan pintu-pintu masuk utama negara termasuklah lapangan terbang bagi…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 98,000 kes penipuan dalam talian direkodkan dari 2017-2021, libatkan kerugian RM3.3 bilion

Sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga tahun lepas. Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Telekomunikasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Supt Rozeni Ismail berkata dalam tempoh sama, lebih 30,000 individu ditahan dan daripada jumlah itu lebih 25,000 individu telah dituduh di mahkamah. “Kebanyakan mereka yang dituduh ini merupakan pemilik akaun keldai manakala selebihnya (mereka yang tidak…