Tag: pelaburan

Posted on: 01/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri bincang teroka potensi Micron tambah pelaburan di Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam  mengadakan perbincangan bagi meneroka potensi syarikat Micron menambah lagi pelaburan di Malaysia khususnya untuk segmen yang lebih maju dalam rantaian nilai semikonduktor. Perbincangan itu dibuat ketika kunjungan delegasi Micron, yang diketuai Naib Presiden Eksekutif Operasi Globalnya  iaitu Manish Bhatia, ke  Putrajaya  susulan lawatan kerja Ismail Sabri ke Amerika Syarikat baru-baru ini. “Alhamdulillah, pelabur-pelabur asing semakin yakin untuk terus melabur di Malaysia. “Saya yakin lebih banyak…

Posted on: 13/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia raih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada TF AMD

Malaysia meraih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada syarikat semikonduktor, TF AMD Microelectronics (Penang) Sdn Bhd susulan penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat itu pada Khamis. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia. “Ini sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah menggalakkan inovasi dan nilai tambah…

Posted on: 30/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PR1MA kemuka cadangan pelaburan strategik RM8.1 bilion kepada QIA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah mengemukakan cadangan pelaburan strategik bernilai RM8.1 bilion kepada Qatar Investment Authority (QIA) bagi meneroka peluang-peluang pelaburan di Malaysia terutama dalam sektor perumahan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Qatar telah menyatakan persetujuan untuk QIA berbincang secara lanjut dengan PR1MA, khususnya dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk Keluarga Malaysia. Katanya persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al…

Posted on: 24/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Al Hajri Global Group berhasrat jadikan Malaysia lokasi utama pelaburan di Asia Tenggara

Syarikat pelaburan kewangan terkemuka antarabangsa yang berpusat di Kuwait, Al Hajri Global Group berhasrat menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama pelaburannya di rantau Asia Tenggara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dinyatakan dalam kunjungan hormat pengurusan tertinggi syarikat itu, hari ini. Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri berkata delegasi itu diterajui Pengerusi Al Hajri Global Group Sheikh Essa R Al-Hajri serta Penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut bagi Malaysia, Eropah…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR: ECER tarik RM13 bilion pelaburan komited, lepasi sasaran bagi tahun 2021

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah berjaya menarik pelaburan bernilai RM13.0 bilion, melepasi sasaran bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM12.0 bilion walaupun masih berdepan cabaran pandemik. ECER dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaburan ini dijangka akan mewujudkan lebih daripada 10,600 peluang pekerjaan baharu serta 570 peluang keusahawanan di seluruh ECER. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Baidzawi Che Mat berkata ECERDC telah mengambil peluang untuk bekerja dengan cara…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12: Pelaburan perkhidmatan global disasar mencecah RM89 bilion pada 2025

Jumlah pelaburan sektor Perkhidmatan Global (GS) disasarkan mencecah RM89 bilion pada 2025, demikian menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini.  Menurut dokumen berkenaan, sektor GS merupakan sebahagian daripada industri strategik dan berimpak tinggi yang menjadi antara sasaran terpilih rancangan lima tahun berkenaan untuk dipercepatkan pembangunannya. GS yang terdiri daripada Hab Prinsipal, Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) dan ibu pejabat operasi merupakan penyumbang utama pelaburan…

Posted on: 24/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia kekal sebagai hab pilihan bagi pengeluar global – Azmin

Langkah yang diambil oleh anak syarikat Taiyo Yuden Co Ltd yang disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd untuk mengembangkan kemudahan pembuatan kapasitor seramik pelbagai lapisannya di Kuching adalah bukti bahawa Malaysia terus menjadi hab pilihan bagi pengeluar global. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan Taiyo Yuden untuk menyuntik pelaburan modal sebanyak RM680 juta bagi kemudahan baharunya dan…