Tag: pelajar

Posted on: 31/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelajar Malaysia gondol pingat emas pada pertandingan inovasi di Jerman

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu  (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman pada hari Sabtu. Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg  dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Oktober lepas.  Empat pelajar terbabit ialah Athirah…

Posted on: 17/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelajar terima peranti Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti

Para pelajar yang menerima peranti di bawah Program Perantisiswa Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti peranti itu untuk kegunaan pembelajaran mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata beliau mendapat respons yang sangat baik daripada kalangan pelajar dan melihat kebanyakan pelajar itu bersyukur dengan pemberian peranti model terkini serta berkapasiti tinggi berkenaan. “Ya. Mereka (pelajar) sangat berpuas hati. Kebetulan kita ambil pendekatan berunding dan bincang dengan pelajar …

Posted on: 20/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri umum Dermasiswa B40 TVET, galak pelajar B40 pilih TVET

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal  dan Latihan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar B40 yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut di institusi pengajian tinggi awam bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun ini. Ismail Sabri berkata program tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan galakan kepada pelajar untuk memilih bidang TVET dengan melibatkan seramai 1,000 orang pelajar bagi pengambilan pertama.  “Kerajaan…

Posted on: 12/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Ketengah agih RM825,000 untuk pelajar terpilih di Terengganu

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)  memperuntukkan sebanyak RM825,000 untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah terpilih melalui Program Kembali ke Sekolah pada tahun ini. Pengerusinya Datuk Razali Idris berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap tahun menerusi Ketengah Holding Sdn Bhd itu memberi manfaat kepada lebih 5,500 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. “Ketengah prihatin ada sebilangan masyarakat yang sedang bergelut untuk menyediakan kemudahan kepada anak-anak untuk ke…

Posted on: 21/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bersediakah hadapi SPM?

Sejauh mana tahap penguasaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini untuk menghadapi peperiksaan awam berkenaan menjelang Februari nanti? Adakah mereka mempunyai waktu mencukupi untuk melakukan persiapan sebelum menduduki peperiksaan? Kerisauan ini timbul oleh kerana mereka adalah kelompok yang kurang mendapat peluang belajar secara bersemuka di sekolah berbanding calon SPM tahun 2020. Info selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/09/866638/bersediakah-hadapi-spm Sumber: Berita Harian

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID: 2,593 pelajar sekolah di Labuan mula divaksin

Seramai 2,593 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di pulau bebas cukai ini mula menerima vaksin COVID-19 hari ini sebagai persediaan pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata vaksinasi itu dilaksanakan di dua pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada iaitu di Kompleks Darul Kifayah dan dewan Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862573/covid-2593-pelajar-sekolah-di-labuan-mula-divaksin Sumber: Berita Harian/BERNAMA