Kerajaan terima 63,000 rayuan untuk dapatkan peranti bawah PerantiSiswa
Kerajaan menerima 63,000 rayuan bagi mendapatkan peranti di bawah Program PerantiSiswa apabila tarikh ditutup 31 Disember tahun lepas, dan 25,000 daripadanya telah diluluskan sehingga kini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata bakinya sedang diteliti oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat, yang akan mengesahkan sama ada pemohon berkenaan itu berasal daripada kelompok keluarga B40. “Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebagai badan peneraju akan buat pengagihan. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, kita…