Tag: Perkeso

Posted on: 09/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- Inisiatif program Jamin Kerja Perkeso bantu kurangkan pengangguran di Melaka

Kerjasama strategik antara kerajaan Melaka dan kerajaan Persekutuan menerusi pelbagai program tawaran peluang pekerjaan termasuk Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dilihat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka Abd Razak Omar berkata melalui inisiatif Kementerian Sumber Manusia di bawah agensi Perkeso itu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan pencari kerja memperoleh pekerjaan dengan mudah dan cepat. Katanya sehingga Oktober tahun ini, secara keseluruhannya…

Posted on: 17/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pekerja diseru manfaat saringan kesihatan percuma Perkeso

Para pekerja diseru memanfaatkan program saringan kesihatan yang ditawar secara percuma di bawah  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik, terutama berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD). Ini menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan memandangkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan pelaksanaan arahan Bekerja Dari Rumah dan Perintah Kawalan Pergerakan, ia sedikit sebanyak merencatkan aktiviti sukan dan riadah, sekali gus mengurangkan tahap kecergasan warga kerja. Menurutnya,…

Posted on: 10/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Negara lulus Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mengambil pelbagai langkah bagi menggalakkan golongan suami membuat caruman untuk isteri di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).  Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia termasuk cadangan agar  suami yang mencarum dapat  diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman dengan sebahagian caruman boleh ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan. “Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan…

Posted on: 26/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang diharap dapat menjamin kesejahteraan sosial suri rumah, keluarga dan masyarakat menerusi skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang bakal diwujudkan. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan rang undang-undang yang mengandungi 11 bahagian, 97 fasal dan lapan jadual itu untuk bacaan kali kedua semalam, berkata pelaksanaan SKSSR oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah perluasan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan masyarakat yang tidak dilindungi selama…

Posted on: 22/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 bagi menambah baik liputan keselamatan sosial dengan meningkatkan faedah tertentu yang diterima pekerja. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata peningkatan had maksimum siling gaji bulanan daripada RM4,000 kepada RM5,000 bagi caruman akan menambah baik perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Beliau berkata peningkatan itu melibatkan faedah bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 seperti faedah hilang upaya sementara, faedah…

Posted on: 21/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri

Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela kepada semua suri rumah di Malaysia dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri mereka. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan memaklumkan menerusi draf rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di Dewan Rakyat hari selasa, ia menyatakan bahawa suami hanya wajib membayar…

Posted on: 18/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Syarikat digalak bantu lahir lebih banyak peluang pekerjaan untuk OKU

Kementerian Sumber Manusia mahu lebih banyak syarikat yang berjaya membantu melahirkan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ketika ini, pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat besar bagi membantu memberi pekerjaan kepada golongan itu dan ia selari dengan aspirasi kerajaan supaya tiada mana-mana lapisan masyarakat tercicir daripada arus pembangunan. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Flex Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan…

Posted on: 22/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

13,892 perniagaan terima geran, pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi

Sejumlah RM92.9 juta telah disalurkan oleh kerajaan kepada 13,892 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 15 April, 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata peruntukan sebanyak RM700 juta itu adalah bertujuan menggalak perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC) ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan.  Tengku Zafrul menambah setakat tempoh yang sama juga, melalui peruntukan RM600 juta bagi…

Posted on: 07/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH SELATAN- Perkeso Melaka bayar faedah RM8.78 juta kepada pencarum suku pertama tahun ini

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka telah membuat pembayaran faedah kepada orang berinsurans (OB) dan waris kira-kira RM8.78 juta yang melibatkan sebanyak 5,531 kes dalam tempoh suku pertama tahun ini. Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM5.14 juta dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya sementara, melibatkan 4,943 kes. Beliau berkata sebanyak RM2.77 juta pula dibayar kepada OB yang mengalami hilang upaya kekal, melibatkan 160 kes…

Posted on: 04/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tuntutan faedah kes COVID-19 diproses di bawah kategori Penyakit Khidmat

Bermula 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat. PERKESO dalam kenyataan semalam memaklumkan, selain COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus). “Sekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes COVID-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad…