Tag: Perlis

Posted on: 17/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Projek baharu tidak akan diumum sebelum diteliti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mengumumkan sebarang projek baharu untuk sesebuah negeri yang dilawatinya tanpa melakukan penelitian rapi terlebih dahulu. Beliau berkata sesuatu projek yang hendak diumum  perlu dikaji dan mendapat persetujuan semua pihak termasuk di  peringkat agensi berkaitan  supaya ia dapat dilaksanakan dengan telus serta berjalan lancar. “Bukan amalan saya datang kemudian umum projek. Kalau mahu umum projek, kena ada persetujuan di peringkat agensi pusat,…

Posted on: 25/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Perlis sesuai dibangunkan sebagai negeri ‘frontliner’ sektor pertanian

PKR Perlis berharap kerajaan Persekutuan akan menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri frontliner atau barisan hadapan pertanian dengan memperkasakan sektor pertanian melalui amalan pertanian mampan. Naib Pengerusi PKR Perlis Asrul Nizan Abd Jalil berkata negeri ini  mempunyai tanah yang subur dan sesuai dibangunkan sebagaimana yang telah digagaskan Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku terbaharunya ‘Membangun Negara Madani – Visi dan Kerangka Dasar Reformasi’. “Usaha itu selaras dengan keperluan bagi program-program peningkatan sekuriti makanan…

Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, P. Pinang bermula hari ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan di tiga negeri di utara bermula hari ini hingga Rabu.  Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.  Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. Sumber: BERNAMA

Posted on: 18/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH UTARA- Perlis bercadang jadikan 2023 sebagai Tahun Melawat Perlis

Perlis bercadang menjadikan 2023 Tahun Melawat Perlis sebagai antara usaha merancakkan kembali industri pelancongan di negeri itu. Exco Pelancongan Perlis Asmaiza Ahmad berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan akan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri dalam masa terdekat. “Jika dipersetujui, ia bakal memberi impak positif kepada ekonomi terutama dalam industri pelancongan di negeri ini,” katanya kepada Bernama semalam. Beliau bersama media dan delegasi kerajaan negeri menaiki tren ulang-alik Padang…

Posted on: 26/05/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Perlis antara negeri rekod jumlah penerima Skim Peka B40 yang ramai

Perlis merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah penerima Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKA B40) tertinggi bagi tempoh 2019 sehingga 30 April 2022. Ketua PEKA B40 Perlis Amir Bedin pihaknya menjangka Perlis akan menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah penerima inisiatif berkenaan, selaras dengan beberapa usaha yang akan dilaksanakan oleh pihaknya pada tahun ini. “Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil dan mudah untuk kita uruskan bagi menambah jumlah penerima inisiatif ini menerusi program-program…

Posted on: 27/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Kes demam denggi di Perlis meningkat kepada tujuh kes setakat April

Jumlah kumulatif kes demam  denggi di Perlis sehingga 23 April tahun ini meningkat kepada tujuh kes daripada empat kes dalam tempoh sama pada 2021, kata Pengarah Kesihatan Negeri Perlis Dr Sirajudin Hashim. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis semalam, beliau berkata pihaknya menjangkakan akan berlaku peningkatan kes demam denggi selepas musim perayaan ini akibat pergerakan besar-besaran masyarakat terutama dari kawasan yang mempunyai beban kes demam denggi yang tinggi.…

Posted on: 31/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- 280 peluang pekerjaan baharu wujud hasil CVIA

Pertumbuhan ekonomi di  Kawasan Pembangunan Lembah Chuping atau Chuping Valley Industrial Area (CVIA) telah berjaya mewujudkan 280 pekerjaan baharu. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata projek CVIA, merupakan projek mega berimpak tinggi kerajaan negeri dengan sinergi Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA), seluas 2,500 hektar. “Pelaksanaan pembangunan projek ini dibahagikan kepada dua fasa, melibatkan 440 hektar yang dijangka siap pada Oktober 2022 nanti. “280 pekerjaan baharu yang diwujudkan…

Posted on: 25/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jelajah AKM Perlis buka tirai hari ini

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai hari ini dengan pengisian pelbagai aktiviti bermanfaat kepada Keluarga Malaysia. Diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, program hari pertama bermula dari 9 pagi hingga 10 malam itu menyajikan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua peringkat umur dan latar belakang seperti pameran dan perkhidmatan kerajaan. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berharap orang ramai khususnya rakyat Perlis dan…

Posted on: 24/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TIMUR- Karnival Kerjaya sempena AKM Perlis tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja yang akan berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perlis, Basharudin Khalid berkata kerjaya yang ditawarkan menerusi program itu merangkumi pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan swasta, termasuk dalam sektor industri pembuatan, perdagangan, pemborongan, peruncitan dan juga perhotelan. Beliau berkata sehingga kini pihaknya telah menerima pengesahan…