RENCANA- Parlimen terus berdiri utuh di sebalik cabaran kesihatan, politik
Oleh Kamarul Irwan Alias Berdepan cabaran kesihatan dan politik, Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi negara, terus berdiri utuh menggubal undangundang dan menjadi forum membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat. Melabuhkan tirainya pada 20 Disember lepas, sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-14 yang bersidang selama 32 hari antaranya meluluskan Bajet 2022 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM332.1 bilion, terbesar dalam sejarah belanjawan negara, dengan matlamat memulihkan ekonomi kesan pandemik COVID-19.…