Tag: PRU15

Posted on: 07/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Proses pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman lancar

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini berjalan lancar setakat ini, kata Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Hazani Ghazali. “Tiada apa-apa masalah, rakyat Malaysia cukup matang dan berdisiplin. Setakat ini (11 pagi), tiada laporan dibuat dan sebagainya. Jumlah anggota mencukupi dan juga ada pasukan sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana…

Posted on: 29/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kabinet dibentuk segera selepas ambil pandangan semua parti kerajaan

Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan. “Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti. “Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya…

Posted on: 24/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan…

Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong titah akan buat keputusan pelantikan PM dalam masa terdekat

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah akan membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat. Seri Paduka turut menyeru rakyat supaya menerima apa sahaja keputusan berkaitan pelantikan tersebut serta pembentukan kerajaan baharu kelak. “Marilah bersama terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Sila rasional dan kita perlu teruskan, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang…

Posted on: 21/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong perkenan proses kemuka gabungan kerajaan, calon PM dilanjutkan sehingga 2 petang Selasa

Proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan  permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara hari ini. “Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang…

Posted on: 21/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong titah rakyat Malaysia bersabar tunggu pembentukan kerajaan baharu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat Malaysia agar bertenang dan bersabar, sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Seri Paduka bertitah pembentukan kerajaan Persekutuan yang baharu memerlukan sedikit masa lagi.  “Harap bersabar, perlukan masa sikit, kena bersabar, banyak bertenang. “Kerajaan ‘Caretaker’ masih lagi ada, masih berjalan seperti biasa,” titah baginda ketika mencemar duli menyantuni pengamal media yang berkampung di hadapan pintu 2 Istana…

Posted on: 21/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PRU15: 12 pusat pengundian dibuka di Parlimen Baram hari ini – SPR

Sejumlah 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat  faktor cuaca.  Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing.  Pusat mengundi terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, Rh TK Matthew Belulok…

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PRU15: SPR keluarkan panduan pengundian

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian bagi rujukan lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini. Panduan berkenaan dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan. Menurut panduan itu, sebaik dibenarkan masuk anggota polis yang mengawal selia pintu masuk tempat mengundi, pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri dan…

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

PRU15: Pengundi positif COVID-19 perlu lapor dalam MySejahtera, dapatkan garis panduan mengundi

Pengundi yang positif COVID-19 perlu melaporkan status kesihatan mereka dalam aplikasi MySejahtera masing-masing untuk mendapat pemakluman mengenai garis panduan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengenai situasi semasa COVID-19 di sini hari ini berkata garis panduan tersebut akan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta pautan berkaitan. “Bila klik pautan tersebut, mereka akan dapat maklumat tentang garis panduan mengundi bagi…

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

SPR mesyuarat Jumaat ini bincang tarikh penting urusan PRU15 Parlimen Padang Serai

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Jumaat ini (18 November) bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai. Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi berkenaan M. Karupaiya semalam. Menurutnya satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat itu. “SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan…