Malaysia, Turki setuju pastikan rantaian makanan sentiasa mencukupi dan stabil
Malaysia dan Turkiye semalam bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Presiden Recep Tayyip Erdogan sependapat bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat pandemik COVID-19. “Malah kini menjadi semakin kritikal ekoran konflik Rusia-Ukraine,” katanya pada sidang media bersama Presiden Turkiye itu di Kompleks Presiden di sini semalam, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen Turkiye dan Malaysia termasuk…