Tag: RMKe-12

Posted on: 14/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sidang pertama Parlimen lancar, lulus RMK12, tiga Rang UndangUndang

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 Dewan Rakyat, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berakhir pada Selasa setelah 17 hari bersidang. Walaupun negara masih berada dalam situasi pandemik COVID-19, persidangan yang dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan saringan RTK-AG Saliva Test dibuat dua kali seminggu, berjalan lancar dan bebas daripada penularan COVID-19. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun turut melahirkan rasa…

Posted on: 08/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK12 dilulus, mesyuarat pertama penggal Keempat Parlimen keempat belas berbaki dua hari

Minggu keempat Dewan Rakyat menyaksikan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), rancangan lima tahun baharu negara dilulus selepas empat hari dibahas dan melalui sesi penggulungan 27 kementerian. Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia bagi tempoh 2021-2025 itu selepas dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September. Sejak Selasa lepas persidangan Dewan diisi penuh dengan sesi penggulungan oleh kesemua kementerian bagi…

Posted on: 01/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati RMK12 diperhalusi Ahli Parlimen sepanjang minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat

Inti pati rancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun menjadi fokus sepanjang minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat selepas Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas. Pembentangan Rancangan Malaysia bagi tempoh 2021 sehingga 2025 yang ditangguh beberapa kali sebelum ini, dibahas Ahli-ahli Parlimen sepanjang tiga hari persidangan berlangsung. Ketika sesi perbahasan bermula Selasa itu, Ahli Parlimen kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang antara lain bersetuju bahawa …

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan akan pantau implementasi RMK12 — Mustapa

Kerajaan akan memantau segala implementasi rancangan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melalui pelan pelaksanaan di bawah Unit Perancang Ekonomi.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK12. “Memang isu utama adalah pelaksanaan (RMK12). Sekarang di Parlimen sudah dimulakan perbahasan (RMK12) dan banyak dipertikaikan mengenai kemampuan kita…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rancangan Malaysia Ke-12 menjanjikan kegemilangan FELDA

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menjanjikan  kegemilangan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan telah memberikan sinar baharu dalam memperkasakan kehidupan peneroka. Pengerusi FELDA Datuk Seri Idris Jusoh berkata  kerajaan telah memberi penumpuan kepada pelan pemulihan FELDA melalui RMK12 bagi membantu agensi itu kembali semula ke landasan kegemilangannya sebagai pemacu pembangunan penempatan negara. “Kerajaan melihat potensi yang dimiliki oleh FELDA. Inisiatif-inisiatif proaktif yang bakal dilaksanakan kerajaan untuk FELDA merupakan satu bukti sokongan yang…

Posted on: 29/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RMK-12 komitmen mensejahterakan golongan miskin tegar

Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu, menjadi tumpuan pemerhati ekonomi dan sosial yang ingin melihat adakah pelan itu mampu menjamin masa depan lebih baik untuk rakyat negara ini, khususnya golongan miskin tegar. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/870103/rmk-12-komitmen-mensejahterakan-golongan-miskin-tegar Sumber : BERITA HARIAN

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penduduk miskin Malaysia dijangka berkurangan

Bank Dunia menjangkakan jumlah rakyat Malaysia yang berada di bawah garis kemiskinan nasional iaitu AS$10 sehari akan berkurangan secara beransur-ansur, dengan kadar kemiskinan kembali ke paras pra-pandemik menjelang 2022. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/869774/penduduk-miskin-malaysia-dijangka-berkurangan Sumber : Berita Harian

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPDNHEP bakal modenkan sub-sektor perkhidmatan perdagangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan pemodenan di semua sub-sektor perkhidmatan perdagangan pengedaran bagi merancakkan bidang berkenaan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Berita Selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/869767/kpdnhep-bakal-modenkan-sub-sektor-perkhidmatan-perdagangan Sumber : Berita Harian

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Komitmen kerajaan laksana PLBEGJB bakal buka banyak peluang pekerjaan

Pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat, kata Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom. Beliau berkata pengumuman itu merupakan perkembangan baik kerana projek yang bakal siap 2023 itu merupakan titik pertemuan antara Pantai Timur-Selatan-Utara. “Apabila projek itu sudah siap nanti ia bakal menjadikan kawasan Gemas sebagai tumpuan orang ramai dari seluruh pelusuk negara…

Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)

Berikut ialah inti pati ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini, dengan tema  :‘Menjana Semula Ekonomi;  Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti;  dan  Melonjakkan Kemampanan’. -Peruntukan pembangunan dianggarkan berjumlah RM400 bilion. – KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5-5.5 peratus setahun dan meningkatkan PNK per kapita kepada RM57,882 pada tahun 2025. – Sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan masing-masing dijangka berkembang…