Tag: Transformasi

Posted on: 08/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Transformasi digital: Kerajaan laksana usaha bolehkan rakyat beza berita palsu

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha yang membolehkan rakyat Malaysia membezakan maklumat palsu dan berita palsu serta mengesahkan sebarang maklumat yang mereka temui, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa. “Kewujudan  berita palsu dalam medium komunikasi akan menyekat  masyarakat daripada berkomunikasi dan mengurangkan keupayaan komuniti untuk terlibat dalam wacana produktif. “SEBENARNYA.MY ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta  yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai…

Posted on: 08/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan

Kerajaan telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) dan pinjaman mudah bagi mentransformasikan nelayan melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi. Jabatan Perikanan dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B.  “Ia (bantuan) membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan…

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penambahbaikan dasar, tadbir urus niaga dapat percepat transformasi industri – MPC

Langkah kerajaan untuk memacu produktiviti dan daya saing negara dengan bertindak memudahcara inisiatif penambahbaikan dasar dan tadbir urus perniagaan, dijangka mampu mempercepat transformasi industri di peringkat sektor dan seterusnya rantaian nilai lebih tinggi. Sehubungan itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyifatkan cadangan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, juga sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang inklusif, mampan dan seimbang. Cadangan itu termasuk peruntukan  RM25 juta untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi…

Posted on: 14/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MoU: Sinar politik matang, sejahtera

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang memberi gambaran positif kepada landskap politik negara. Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, inisiatif besar kerajaan itu merupakan langkah penting mewujudkan kestabilan politik sebagai asas membebaskan negara daripada wabak Covid-19 dan memacu negara dengan lebih cemerlang. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/161436/BERITA/Politik/MoU-Sinar-politik-matang-sejahtera Sumber: Sinar Harian

Posted on: 11/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Parlimen Malaysia bakal saksikan lebih banyak transformasi

Parlimen Malaysia yang menginjak usia 62 tahun hari ini bakal melalui transformasi, sekali gus mengangkat martabat dan kedudukannya sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi negara. Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan menjelang ulang tahun Parlimen Malaysia ibarat ‘hadiah’ kepada negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran susulan krisis kesihatan wabak COVID-19. Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862429/parlimen-malaysia-bakal-saksikan-lebih-banyak-transformasi Sumber: Berita Harian