Twitter Spaces ‘Bersama Annuar Musa’ bincang isu capaian internet Jumaat ini
‘Capaian Internet – Jangan Ada Yang Terpinggir’ adalah topik yang akan dikupas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sesi perbincangan keempatnya menerusi Twitter Spaces @bernamadotcom bersama warga maya, Jumaat ini. Dikendalikan secara bersama-sama oleh hos Bernama TV Wan Syahrina Wan Ab. Rahman dan peneraju Bernama Radio Hanie Hamid, ‘Bersama Annuar Musa’ di Twitter Spaces @bernamadotcom akan bersiaran pada 9 malam. Topik minggu ini sangat relevan dengan usaha…