KKM rancang beri vaksin TDAP kepada ibu hamil
Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan imunisasi kebangsaan yang diperkenal oleh kerajaan dalam tahun 1950-an pada awalnya memberi vaksin untuk melindungi kanak-kanak daripada dua jenis penyakit iaitu difteria dan tetanus. Bagaimanapun, beliau berkata atas keinginan KKM untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut, lebih banyak…