Month: June 2019

Posted on: 25/06/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Food Bank Malaysia

Ringkasan KPDNHEP memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi mendapatkan komitmen daripada pasar raya untuk menyumbang makanan berlebihan yang masih selamat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.Inisiatif ini menjadi titik permulaan kepada usaha kerajaan meringankan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia. Perasmian peringkat kebangsaan pada 22 Disember 2018 di Pulau Pinang oleh YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan mewakili YAB PM. Mengumpul dan mengagih lebihan makanan…

Posted on: 25/06/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Menstabilkan Harga Petrol RON95 kepada RM2.08 dan Diesel kepada RM2.18

KPDNHEP telah memastikan pelaksanaan penstabilan harga jualan diesel dan petrol RON95 disegerakan selaras dengan komitmen dalam manifesto Pakatan Harapan. Had harga produk petrol RON95 telah ditetapkan pada RM2.08 seliter dan tidak berganjak sejak Februari 2019 walaupun harga minyak dunia semakin melonjak. Laman Rasmi KPDNHEP : https://www.kpdnhep.gov.my Pengurangan paras harga ini selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Posted on: 25/06/2019 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Melaksanakan Kajian Rantaian Bekalan Barangan Terpilih.

​Kajian ini dilaksanakan oleh KPDNHEP sebagai langkah memahami lapisan rantaian bekalan dan elemen yang terlibat sebelum harga akhir sesuatu produk atau perkhidmatan dijual kepada pengguna. Kajian ini akan membantu kerajaan dalam mencapai keputusan dan merangka dasar untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan lebih efektif. Laporan awal kajian rantaian bekalan bagi 10 barangan keperluan terpilih mendapati terdapat orang tengah yang mengaut keuntungan pada kadar tinggi sehingga mencecah 133 peratus untuk…