Month: September 2021

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Projek LRAL 2 dilaksana sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan – Exco

Kerajaan negeri Selangor memaklumkan pengurusan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata kerajaan Selangor tidak dilibatkan secara langsung dan menyeluruh dalam pelaksanaan projek tersebut. Jelasnya, kerajaan negeri hanya terlibat dalam perkara berkaitan dengan tanah tapak projek dan permit…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inisiatif bank bergerak diperluas, libatkan 250 mukim – Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan (MoF) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha untuk memperluas inisiatif bank bergerak dengan kerjasama institusi perbankan yang dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi inisiatif itu sepertimana diumumkan dalam pelan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun, 2021.  “Kerajaan akan menyediakan 30 unit bank bergerak di sekitar 250 mukim seluruh…

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DPN 2030 percepat adaptasi teknologi sektor pembinaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembinaan Negara 2030 (DPN 2030) yang bertemakan ‘Digitalisasi Sektor Pembinaan’ bertujuan mempercepatkan pengadapatasian teknologi dalam semua proses kerja sebelum, semasa dan selepas pembinaan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sektor pembinaan negara bersedia untuk bergerak seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) melalui teras strategik DPN 2030. Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/870563/dpn-2030-percepat-adaptasi-teknologi-sektor-pembinaan Sumber : Berita Harian

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih 20 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat Rabu

Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.  Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam. …

Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

WILAYAH TENGAH: Pusat Penjaja D’Laman Rasa, Sg Besi mula operasi esok

Pusat penjaja baharu, D’ Laman Rasa di pekan Sungai Besi di sini yang akan menempatkan 64 penjaja, dijangka memulakan operasi perniagaan secara berperingkat bermula 1 Oktober ini. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pusat penjaja yang dibina bermula tahun 2016 itu, menempatkan semula penjaja tepi jalan di sekitar pekan Sungai Besi. “Saya  berharap dengan siapnya pusat penjaja D’laman Rasa Sungai Besi ini, ia dapat  memberikan keselesaan  bukan sahaja  kepada penjaja, tetapi juga kepada pengunjung dan secara…