Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kelonggaran dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi industri kreatif berjalan seperti sedia kala mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan akan mengumumkan berita gembira berkenaan tidak lama lagi.

Ujar beliau, kebenaran tersebut khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksin dan berada di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tan Sri Annuar berkata demikian selepas sesi lawatan kerja di Angkasapuri. Beliau turut berkongsi harapan agar RTM lebih berdaya saing dengan mengurangkan jurang maklumat serta pendekatan baharu.

Sumber: Berita RTM