Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

“Segera dapatkan bantuan jika mengalami tekanan atau kerisauan melampau”.

Itu pesanan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada hari ini.

Ujar beliau, Talian Kasih dan Befrienders sentiasa dibuka untuk menerima panggilan dan mendengar luahan.

Masyarakat juga menurut beliau perlu peka dan mengenal kecenderungan tingkah laku bunuh diri memandangkan situasi pandemik COVID-19 mempengaruhi kesihatan mental yang juga meningkatkan risiko untuk membunuh diri.

Beliau mengingatkan orang awam untuk mendapatkan pertolongan, berikan perhatian serta elakkan diskriminasi.

Sumber: Youtube Jabatan Penerangan Malaysia/Berita RTM