Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggerakkan seramai 200 kakitangan barisan hadapan dari negeri lain untuk membantu Pulau Pinang berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, petugas hadapan termasuk pembantu perubatan serta jururawat. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Komtar.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan lantikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sebagai penyelaras antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan berhubung isu membabitkan COVID-19.

Sumber: Youtube Jabatan Penerangan Malaysia/Berita RTM