Posted on: 12/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurutnya, pelanjutan sesi persekolahan bertujuan memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu beliau berkata, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

Sehubungan itu juga, ibu bapa diminta memberi perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian.

Sumber: Sinar Harian