Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pusat Darah Negara (PDN) meminta agar orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan.

Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, individu yang menghadapi kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin, dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.

Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/161058/KHAS/Covid-19/Derma-darah-tujuh-hari-selepas-vaksinasi-jika-tiada-kesan-sampingan

Sumber: Sinar Harian