Posted on: 13/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan United Kingdom (UK) memansuhkan rancangan yang mengkehendaki rakyat England menunjukkan pasport vaksin sebagai syarat memasuki acara membabitkan ramai orang seperti dalam kelab malam, kata Menteri Kesihatan, Sajid Javid.

Terdahulu, kerajaan pernah mengumumkan akan memperkenalkan langkah itu pada hujung bulan ini, meskipun mendapat tentangan dari peniaga dan beberapa Ahli Parlimen dari parti Konservatif.

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/09/863120/uk-mansuhkan-rancangan-pasport-vaksin

Sumber: Berita Harian