Posted on: 15/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tujuh lokaliti di tiga negeri iaitu Sabah, Pahang dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Khamis ini hingga 29 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan lima lokaliti iaitu di Kampung Kirangawan Darat dan Tengah, Kampung Pinatau, Kota Marudu; Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau; Kampung Lungkidau, Ranau serta Perumahan Pekerja Ladang Boustead Ruku-Ruku, Telupid.

Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/161457/BERITA/Nasional/Tujuh-lokaliti-di-Sabah-Pahang-Kelantan-kena-PKPD

Sumber: Sinar Harian