Posted on: 20/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak mensyaratkan kuarantin kepada lebih 1,300 pelajar lama dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dijangka kembali ke kampus pada Oktober nanti.

Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Unimas, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman, berkata langkah itu akan memudahkan pengaturan kemasukan pelajar, sekali gus membolehkan sesi kuliah yang dijadual bermula pada 11 Oktober berjalan lancar.

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/866037/unimas-tak-kuarantin-pelajar-kembali-ke-kampus

Sumber: Berita Harian