Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Dalam Negeri sedia menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dianggap agak lama serta perlu disesuaikan situasi semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bakal digantikan undang-undang baharu dikenali Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan).

Beliau berkata,  kementerian tersebut dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah pun menyediakan draf rang undang-undang tersebut untuk dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.

Berita selanjutnya: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/akta-penagih-dadah-1983-bakal-dipinda-bagi-lonjak-indeks-kepulihan/

Sumber: Utusan Malaysia