Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas Nasional bagi memobilisasikan kakitangan kesihatan ke negeri yang direkod mempunyai peningkatan kes COVID-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata ia bagi mengelak kepenatan dalam kalangan petugas barisan hadapan berikutan beban kerja yang semakin bertambah akibat peningkatan kes.

Menerusi pasukan petugas itu, katanya, petugas kesihatan diarah ke negeri yang mengalami peningkatan kes COVID-19 iaitu Pulau Pinang dengan 223 petugas kesihatan, Kedah (156) dan Sabah (102).

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867143/parlimen-kakitangan-kesihatan-dihantar-ke-negeri-ringankan-beban

Sumber: Berita Harian