Posted on: 22/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sebanyak RM612,005 diperuntukkan bagi membiayai pelbagai projek dan bantuan untuk masyarakat Orang Asli di Melaka pada tahun ini, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini.

Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM404,621 diagihkan bagi melaksanakan projek infrastruktur, projek ekonomi (RM98,782), bantuan pendidikan (RM74,796) dan bimbingan usahawan (RM33,800).

Beliau berkata peruntukan itu tidak termasuk bantuan khas makanan berjumlah RM215,575.40 kepada 614 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli di 14 kampung yang selesai diagihkan membabitkan dua fasa sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM404,621 diagihkan bagi melaksanakan projek infrastruktur, projek ekonomi (RM98,782), bantuan pendidikan (RM74,796) dan bimbingan usahawan (RM33,800).

Beliau berkata peruntukan itu tidak termasuk bantuan khas makanan berjumlah RM215,575.40 kepada 614 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli di 14 kampung yang selesai diagihkan membabitkan dua fasa sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan negeri dan Persekutuan memainkan peranan besar bagi mengeluarkan masyarakat Orang Asli daripada kepompong kehidupan yang sekian lama mereka jalani dan satu daripada aspek penting ialah kemajuan di kampung masing-masing.

“Kita tidak mahu golongan tersebut ketinggalan, sebaliknya bersama-sama menikmati kejayaan dan kemajuan negara serta negeri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ginie Lim Siew Lin (PKR-Machap Jaya) pada Persidangan Pertama DUN Melaka ke-14 di Kompleks Seri Negeri di sini.

Terdahulu, Ginie ingin mengetahui jumlah peruntukan diluluskan bagi masyarakat Orang Asli di Melaka dan status terkini penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) di DUN Machap Jaya.

Sementara itu, Idris berkata penubuhan JPKKOA yang menggabungkan tujuh perkampungan Orang Asli di dalam DUN tersebut dijangka dapat direalisasikan pada tahun hadapan berbanding sasaran pelaksanaannya pada tahun ini.

Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke peringkat ibu pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan menunggu kelulusan Ketua Pengarah JAKOA.

Katanya tujuh kampung berkenaan ialah Kampung Orang Asli Air Dusun, Kampung Orang Asli Machap Umboo, Kampung Orang Asli Bukit Besar, Kampung Orang Asli Tebong Stesyen, Kampung Orang Asli, Kampung Orang Asli Hutan Percha dan Kampung Orang Asli Bukit Putus.

“Di peringkat Exco kerajaan negeri, kami telah menyerahkan semua permohonan dan mengumpulkan maklumat berkaitan tujuh perkampungan berkenaan seperti yang diminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“JPKKOA penting kerana penubuhannya akan melancarkan pentadbiran dan pengurusan di perkampungan terlibat sekali gus memudahkan usaha melaksanakan pelbagai kemajuan dan pembangunan,” katanya.

Sumber: BERNAMA