Posted on: 27/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan harga kawalan baharu kit ujian kendiri COVID-19 yang lebih murah lebih awal, berbanding jangkaan Disember ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pada masa ini kementerian giat mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan supaya kit ujian kendiri itu dapat segera dijual dengan harga yang lebih rendah.

Beliau berkata bagaimanapun dalam masa sama kerajaan turut perlu mengambil kira kepentingan dan kelangsungan perniagaan pemain industri yang terbabit dengan kit ujian kendiri tersebut.

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/869146/segerakan-harga-kit-ujian-kendiri-lebih-murah-rosol

Sumber: Berita Harian