Posted on: 30/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sebuah lagi pusat penempatan sementara (PPS) dibuka malam ini di Daerah Padang Terap dan menjadikan jumlah PPS yang dibuka di Kedah kepada 10 buah yang   menempatkan 228 mangsa banjir daripada 80 keluarga setakat 10 malam tadi.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata PPS berkenaan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi. “PPS di SK Bukit Tampoi dibuka pada 8 malam ini bagi menempatkan 35 mangsa daripada tujuh keluarga selepas kejadian banjir berlaku pada pukul 6 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata Daerah Baling masih kekal dengan 183 mangsa daripada 70 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS setakat malam tadi, manakala mangsa banjir di SK Gulau, Sik berkurangan kepada 10 orang daripada tiga keluarga malam ini.

Lapan PPS di Baling ialah SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom dan Maktab Mahmud Baling.

Sumber: BERNAMA