Posted on: 06/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

‘Capaian Internet – Jangan Ada Yang Terpinggir’ adalah topik yang akan dikupas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sesi perbincangan keempatnya menerusi Twitter Spaces @bernamadotcom bersama warga maya, Jumaat ini. 

Dikendalikan secara bersama-sama oleh hos Bernama TV Wan Syahrina Wan Ab. Rahman dan peneraju Bernama Radio Hanie Hamid, ‘Bersama Annuar Musa’ di Twitter Spaces @bernamadotcom akan bersiaran pada 9 malam. Topik minggu ini sangat relevan dengan usaha kerajaan untuk menjayakan pembangunan ke arah transformasi digital negara menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan inisiatif MyDigital. 

Ia merupakan teras bagi merealisasikan aspirasi negara digital, seiring Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030.

Bersiaran buat pertama kali pada 17 Sept lepas, sesi perbincangan ‘Bersama Annuar Musa’ mempunyai 12 episod.

Spaces adalah ciri baharu yang diperkenalkan Twitter untuk pengguna akaun mengadakan perbualan dan perbincangan audio secara langsung bersama ‘followers’ atau pengikut mereka dalam laman sosial berkenaan.

Sumber: BERNAMA