Posted on: 19/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi memastikan kerjakerja pembaikan berjalan lancar.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Selain itu, pengguna turut dinasihatkan untuk mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki yang tiba.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram, selain pertanyaan dan aduan juga boleh disalurkan di talian 15300 atau Pusat Bantuan di aplikasi Air Selangor.

Sumber: BERNAMA