Posted on: 30/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Berikut ialah inti pati ekonomi Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

>Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion untuk Bajet 2022, nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini

>Hasil kerajaan dijangka meningkat kepada RM234 bilion pada 2022.

>Sebanyak RM233.5 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID19.

>RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka Defisit fiskal 2022 diunjurkan berkurangan kepada 6.0 peratus daripada KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021.

>Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

>Tempoh pengurangan cukai caruman minimum KSWP akan dilanjutkan kepada sembilan peratus daripada 11 peratus sehingga Jun 2022 yang mellibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

>Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan dilanjutkan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.

>Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.

>Pakej pembiayaan bernilai RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia.

>Pembiayaan kredit mikro bernilai RM1.8 bilion disediakan.

>Pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta 12 bulan moratorium ditawarkan dibawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro.

>BSN dan Agrobank akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus dengan kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

>Kerajaan akan meneruskan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas. 

>Dana RM30 juta akan disediakan untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

>Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menyokong perluasan program I-TEKAD.

>Sejumlah RM80 juta diperuntukkan secara geran padanan untuk Malaysia Coinvestment Fund dan tambahan RM100 juta kepada pelaburan oleh BPMB, bagi terus menyokong pembiayaan alternatif.

>Kaedah pendanaan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan kuasi-ekuiti akan diperkenalkan bagi membantu syarikat yang berdepan masalah menguruskan hutang atau leveraj.

>BPMB akan menawarkan Skim RESET dan BNM akan menyediakan Dana Permodalan Semula Perniagaan bernilai RM1 bilion.

>Sejumlah RM14.2 bilion dana keseluruhan tersedia untuk PKS.

>Dana khas BNM terutamanya Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar ditingkatkan sebanyak RM2 bilion.

>Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah syarikat tujuan khas milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan.

>Khazanah Nasional akan diberi mandat membantu kerajaan menyediakan infrastruktur untuk mentadbir dana bersaiz sekurang-kurangnya RM3 bilion.

>Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan akan ditambah baik dengan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadual dan distrukturkan  semula dengan tambahan had jaminan sebanyak RM10 bilion.

>Kerajaan bercadang melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Dis, 2022.

>Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja dilanjutkan untuk satu tahun lagi.

>’Business Travellers Center’ akan disediakan di Johor untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta.

>Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.

>Semua perniagaan dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Okt, 2022.

>RM25 juta diperuntukkan untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.

>Dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional.

>Sejumlah RM80 juta akan disediakan melalui MITI bagi melatih 20,000 pekerja yang menyokong kluster industri seperti MRO di Subang, elektrik dan elektronik di Kulim, dan kimia di Gebeng.

>RM50 juta disediakan melalui pusat pembangunan kemahiran negeri bagi meningkatkan kemahiran TVET.

>Geran padanan bernilai RM100 juta disediakan untuk syarikat PKS bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa.

>RM25 juta diperuntukkan kepada Halal Development Corporation bagi melahirkan lebih ramai PMKS Halal.

>RM30 juta akan disediakan bagi melaksanakan Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat.

>RM20 juta diperuntuk kepada Cradle Fund untuk mempergiat usaha memulih dan membina daya tahan ekonomi startup.

>RM45 juta diperuntukkan sebagai galakan transformasi teknologi ke arah Revolusi Industri Keempat.

>Dana kolektif bernilai RM500 juta diperuntuk menerusi inisiatif Jalinan GLC: Memperkasa PMKS bagi membantu usahawan melalui khidmat nasihat dan sokongan kewangan Sekurang-kurangnya RM30 bilion akan diperuntukkan untuk perbelanjaan modal dan pelaburan tahun hadapan.

>Kerajaan akan menerbitkan Sukuk Kelestarian dalam ringgit sehingga RM10 bilion untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak.

>Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai RM3.5 bilion antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Central Spine Road.

>Dana permulaan RM200 juta diperuntukkan menerusi pewujudan Dana Mudah Cara Infrastruktur Ketiga bagi merancakkan lagi aktiviti pembangunan infrastruktur berimpak tinggi secara kerjasama awam swasta.

>Kerajaan berhasrat memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara.

>Kerajaan sedang melaksanakan ‘Public Expenditure Review’ dengan kerjasama Bank Dunia bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan awam tanpa menjejaskan sistem penyampaian awam.

>Kadar duti setem kontrak dinaikkan kepada 0.15 peratus dan had duti setem RM200 setiap nota kontrak dimansuhkan, manakala aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

>Cukai pendapatan dikenakan kepada pemastautin di Malaysia ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan diterima di Malaysia mulai 1 Jan, 2022.

>Cukai jualan dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara.

>Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara one-off, iaitu ‘cukai makmur’ kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi.

>Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas platform e-dagang kecuali penghantaran makanan dan minuman serta logistik.

>Penggunaan nombor pengenalan cukai akan dilaksanakan mulai 2022 bagi meluaskan asas cukai pendapatan.

Sumber:BERNAMA