Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi bulan Oktober 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataannya, LGM menjelaskan, mulai Januari 2019, IPG akan hanya diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada Oktober 2021 untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.90 sekilogram manakala di Sabah dan Sarawak, masing-masing pada harga RM2.55 sekilogram.

“Oleh yang demikian, tiada pembayaran dilakukan untuk tempoh bulan tersebut,” katanya.

Sumber: BERNAMA