Posted on: 17/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. “Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah,” menurut catatan itu.

Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar cedera. Ketika kejadian kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.

Sumber: BERNAMA